Saturday, 5 July 2014

Johor tourism: PULAU SIBU

Orait, yang lepas kteorang dah sembang pasal Gunung Ledang kan. Kali ni, kami nak bersembang pulak pasal another spot for kamu semua nak lepak lepak hilangkan tension. kali ni pasal PULAU SIBU. Pulau Sibu merupakan sebuah pulau peranginan yang terletak 150km daripada bandaraya Johor bahru. Tu baru nak sampai dia punye jeti yang terletak di Tanjung Leman, Mersing.





peta lokasi tanjung leman jeti

Ok setibanya di jeti Tg Leman, kenalah beli tiket untuk ke Pulau Sibu yang berharga RM70++ (standby RM100 le). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Bila dh sampai Pulau Sibu, suka hati la nak check in mana mana hotel. ikut suka.


jeti pulau sibu. cara tak?

bila dh check in chalet atau hotel, macam macam aktiviti korang boleh buat. ikut suka. nk tidur ke, nk mandi laut ke, nak romen ke, tak kisah. tapi jangan memancing kerna ini adalah taman laut. Sebarang aktiviti perikanan di sekitar taman laut di Malaysia dengan jarak 2 batu nautika radius adalah menyalahi undang undang.

Aktiviti snorkelling pun syok jugak. Pulau pulau kt Malaysia ni memang menjadi attraction untuk aktiviti snorkelling.


view yang menarik untuk snorkelling


very attractive locations.

Pemandangan sekitar pulau.








ok. have fun. selamat bercuti!!

10 GUNUNG TERTINGGI DI MALAYSIA

Ni, kami masukkan sket, maklumat pengetahuan am about gunung-gunung yang ade kat Malaysia ni. Sebenarnya, kat Malaysia ni ada lebih 80 gunung yang telah dikelaskan. (melebihi 457.2 meter tinggi). Tapi banyak sangat takkan nak tulis semua kot. gile ke ape. penat gua nanti.

Jadi, kami kasilah list 10 gunung tertinggi di Malaysia. Orait.


TOP 10 MOUNTAINS IN MALAYSIA

NAMA GUNUNG
NEGERI
KETINGGIAN (METER)
GUNUNG KINABALU
SABAH
4095
GUNUNG TRUSMADI
SABAH
2645
GUNUNG TAMBUYUKON
SABAH
2579
GUNUNG MURUD
SARAWAK
2423
GUNUG MULU
SARAWAK
2376
GUNUNG TAHAN
PAHANG
2191
GUNUNG KORBU
PERAK
2182
GUNUNG YONG BELAR
PERAK/KELANTAN (SEMPADAN)
2181
GUNUNG CHAMAH
KELANTAN
2171
GUNUNG YONG YAP 2
PERAK
2166


OKlah, ape ape pun, nak panjat gunung ke ape, utamakan keselamatan. pengalaman pun pengalaman jugak. most important, always remember safety first alright. hahah. 

Friday, 4 July 2014

Johor tourism : GUNUNG LEDANG

Negeri Johor memang terkenal dengan tempat tempat pelancongan yang menarik. Daripada selatan Johor hinggalah ke Utara Johor. Untuk entry kali ini, kami akan mengetengahkan tempat-tempat menarik di negeri Johor.

GUNUNG LEDANG

Gunung Ledang merupakan gunung tertinggi di Johor. Terletak di Daerah Tangkak. Jarak perjalanan daripada Johor Bahru lebih kurang 160km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit menaiki kereta.



gunung ledang dari kejauhan


pemandangan puncak gunung ledang

sebelum memulakan pendakian, anda akan dibrief oleh renjer mengenai trek pendakian.


peta trek pendakian

tetapi sebelum memulakan pendakian, penyediaan alat alat survival adalah sesuatu yang mandatori. bagi memastikan pendakian itu berjaya. antara contoh alat alat adalah;

  1. air yang mencukupi.
  2. bekalan makanan kecemasan.
  3. ubat ubatan (menghadapi sengatan benda asing seperti tebuan).
  4. pisau atau parang atau benda tajam (kapak dan sebagainya) sekurang kurangnya sebilah untk satu team.
  5. sumber penyalaan bahan bakar. (mancis, lighter.)
  6. flare (untuk kecemasan melampau).
Semasa dalam perjalanan ke puncak, anda akan melalui trek yang kaya dengan flora dan fauna yang cantik. Anda akan merasa letih mendaki. Itu perkara biasa. Tetapi, dengan pemandangan yang cantik sepanjang trek, mungkin anda takkan rasa letih pun. gentle gua cakap.



pengenalan gunung ledang


wonderful view



pokok beriklim tundra



another breathtaking waterfall views.



geografi gunung ledang yang berbatu.



spesis flora periuk kera.



batuan besar yang sering ada di pelbagai gunung ganang di malaysia.


Selain daripada pendakian, Gunung Ledang turut mempunyai air terjun yang menyegarkan.


kolam kolam kecil.


runtuhan air di celah batu.

Orait, kepada sesiapa yang ingin pergi mendaki Gunung Ledang atau gunung2 mana sekalipun, ingat. Jangan sesekali bercakap besar time tengah mendaki gunung or bercamping dalam hutan. Bersepah benda yang kite tak nampak dalam tu. Hahahh. Ok lah. gerak dulu.


Tuesday, 1 July 2014

FIRST ENTRY. KAMI ORANG JOHOR.


4 RAMADHAN 1435H (2ND JULY 2014)


Kami orang Johor. Sentiasa ada bersamamu. Kami suka makan. Makanan Johor sedap.

List makanan johor yg baek.


 DONUT SAMBAL



 AIR KATIRA ABU BAKAR (TIME PUASA)



 LAKSA JOHOR



 ASAM PEDAS BATU PAHAT



MURTABAK KAMPUNG MELAYU MAJIDEE


MEE BANDUNG MUAR


SATE WAK RADOL KEMPAS



NASI LEMAK AYAM GORENG WAK KENTUT, KULAI


Hahh makanan johor memang terbaik. Selamat berpuasa!!