Friday, 4 July 2014

Johor tourism : GUNUNG LEDANG

Negeri Johor memang terkenal dengan tempat tempat pelancongan yang menarik. Daripada selatan Johor hinggalah ke Utara Johor. Untuk entry kali ini, kami akan mengetengahkan tempat-tempat menarik di negeri Johor.

GUNUNG LEDANG

Gunung Ledang merupakan gunung tertinggi di Johor. Terletak di Daerah Tangkak. Jarak perjalanan daripada Johor Bahru lebih kurang 160km dan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit menaiki kereta.



gunung ledang dari kejauhan


pemandangan puncak gunung ledang

sebelum memulakan pendakian, anda akan dibrief oleh renjer mengenai trek pendakian.


peta trek pendakian

tetapi sebelum memulakan pendakian, penyediaan alat alat survival adalah sesuatu yang mandatori. bagi memastikan pendakian itu berjaya. antara contoh alat alat adalah;

  1. air yang mencukupi.
  2. bekalan makanan kecemasan.
  3. ubat ubatan (menghadapi sengatan benda asing seperti tebuan).
  4. pisau atau parang atau benda tajam (kapak dan sebagainya) sekurang kurangnya sebilah untk satu team.
  5. sumber penyalaan bahan bakar. (mancis, lighter.)
  6. flare (untuk kecemasan melampau).
Semasa dalam perjalanan ke puncak, anda akan melalui trek yang kaya dengan flora dan fauna yang cantik. Anda akan merasa letih mendaki. Itu perkara biasa. Tetapi, dengan pemandangan yang cantik sepanjang trek, mungkin anda takkan rasa letih pun. gentle gua cakap.



pengenalan gunung ledang


wonderful view



pokok beriklim tundra



another breathtaking waterfall views.



geografi gunung ledang yang berbatu.



spesis flora periuk kera.



batuan besar yang sering ada di pelbagai gunung ganang di malaysia.


Selain daripada pendakian, Gunung Ledang turut mempunyai air terjun yang menyegarkan.


kolam kolam kecil.


runtuhan air di celah batu.

Orait, kepada sesiapa yang ingin pergi mendaki Gunung Ledang atau gunung2 mana sekalipun, ingat. Jangan sesekali bercakap besar time tengah mendaki gunung or bercamping dalam hutan. Bersepah benda yang kite tak nampak dalam tu. Hahahh. Ok lah. gerak dulu.


No comments:

Post a Comment